i would like to say that i am proud of our very own YANTI!
She appeared in the Berita Harian today, December 18th for her trip to Manila for the school thingy. So proud of you lah girl!
At least dapat jugak kelua muke kau kat suratkaba eh... Besar plak tu muke kelua, due gambar plak tu... hahah.. =)
Ekstra! : 18 Disember 2006
'DIPLOMAT' MENGGELETAR UTARAKAN PENDAPAT
FIKIRANNYA berkecamuk dan dirinya terasa bagaikan ingin melarikan diri dan mencari tempat persembunyian saja.
Apabila tiba gilirannya membuat penyampaian di Sidang Contoh Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Muna) di Manila, bulan lalu, Nur Erdiyanti Shamsul cuba melawan rasa gementar.
'Macam nak 'cabut' saja! Tapi, saya lawan saja perasaan takut tu. Walaupun gabra, saya bedal saja dan berjaya mengutarakan pendirian saya semasa persidangan tersebut,' tambahnya, yang menyertai sidang seperti itu buat julung-julung kalinya.
Turut berasa risau sebelum gilirannya memberi ceramah ialah Nurshahidah Roslie, 18 tahun, pelajar jurusan Pengurusan Sukan (Nitec Lanjutan) di ITE Timur.
'Memanglah berasa cemas juga kerana para peserta lain kelihatan begitu yakin memberikan hujah-hujah mereka.
'Tapi selepas memberi ucapan yang pertama, ucapan-ucapan yang seterusnya tidak mendatangkan banyak masalah kerana saya berasa lebih yakin,' ujarnya yang mendapati mengutarakan pandangan kepada orang asing yang tidak dikenali merupakan 'cubaan besar'.
Kesemua 160 peserta sidang telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
Setiap kumpulan kemudian diberikan nama sebuah negara dan dengan membuat kajian mengenai dasar negara itu, mereka harus memikirkan saranan dan berkongsi pendapat mereka mengenai tiga isu antarabangsa penting seperti politik, hak kemanusiaan dan keadaan alam semula jadi.
Pengalaman berbual-bual sebagai 'diplomat' untuk negara Turkey juga sesuatu yang tidak boleh dilupakan oleh Erdianti.
Sidang itu juga mengajarnya untuk mendengar hujah-hujah pihak lain sepenuhnya sebelum mengambil tindakan, sesuatu yang difikirnya boleh membantunya semasa bersukan.
'Sebelum ini, saya tidak begitu sedar betapa pentingnya komunikasi yang berkesan. Jika kita tidak mendengar kata-kata orang lain, macam mana orang lain nak dengar kata-kata kita, bukan?'
Alangkah nikmatnya bagi guru-guru di sekolah jika semua pelajar bersikap demikian di dalam bilik darjah!
i went to the website to prove it but no pictures lah babes only the article, sanggup pe aku... hahah
till then,
Sarah